Miss Earth Malaysia

Miss Earth Malaysia ialah pertandingan kecantikan nasional tahunan yang diadakan di Malaysia untuk memilih wakil-wakil untuk Miss Earth. Ia merupakan satu-satunya pertandingan kecantikan di Malaysia yang memberi tumpuan kepada mendidik dan memperkasakan wanita dan orang lain mengenai pengetahuan keindahan alam, kemampanan dan eko-pelancongan. Pertandingan ini berfungsi sebagai platform untuk mendidik peserta mengenai isu alam sekitar, mempromosikan eko-pelancongan dan mewujudkan aspek hubungan mesra antara peserta Pada tahun 2019, penganjur Miss Earth Malaysia memutuskan tidak lagi menjalankan seksyen bikini semasa pertandingan kebangsaan supaya ia memberi peluang kepada wanita Islam di Malaysia menyertai pertandingan untuk kali pertama sejak 2001. Masih akan ada pusingan baju renang di Miss Earth. Pemenang pertandingan tersebut dianugerahkan gelaran Miss Earth Malaysia dan mewakili Malaysia dalam Final Antarabangsa. Pelari-pelarinya diberi gelaran yang dinamakan sempena unsur semula jadi yang lain iaitu: Penyandang mahkota Miss Earth Malaysia ialah Nur Haziyah Ahmad dari Sarawak. Beliau dilantik sebagai wakil Malaysia di Miss Earth 2019 kerana pemenang sebenar melepaskan gelaran sebulan sebelum minggu pertandingan Miss Earth 2019.